Kenali Kami

KENALI KAMI

Asmara Delights (M) Sdn Bhd (1267388-M) adalah syarikat milik BUMIPUTERA yang mengeluar Kek Buah Kukus jenama Asmara dan mempunyai Sijil HALAL Jakim.

Syarikat ini diasaskan pada tahun 2013 dengan hasrat tunggal untuk menghasilkan Kek Buah Kukus Asmara yang dibuat dengan hanya menggunakan bahan mentah HALAL yang terbaik dipilih khas dari para pembekal yang telah disahkan HALAL oleh Jakim.

Misi kami adalah mudah. Kami memberikan anda, keluarga anda, kawan-kawan dan rakan-rakan perniagaan dengan kek buah kukus terbaik yang pernah anda rasai jenama Asmara yang diiktiraf HALAL oleh Jakim.

Keupayaan pengedaran kami yang berpengalaman dan sangat berkesan membolehkan kami menerima pesanan peribadi dan korporat yang akan dihantar ke alamat di seluruh Malaysia.