Doorgift | Berkat

Doorgift Kek Buah Kukus Jenama Asmara Pilihan Ramai.

Doorgift atau berkat menjadi pilihan tuan rumah sebagai buah tangan buat tetamu yang hadir. Pastinya, tuan rumah amat mengharapkan doorgift atau berkat yang memberi memori indah atau kata-kata penghargaan dari tetamu yang hadir ke majlis yang diraikan.

Pilihan Tepat Untuk Majlis Anda.

Doorgift atau berkat Kek Buah Kukus Asmara adalah pilihan yang tepat buat anda yang sedang tercari-cari doorgift atau berkat untuk majlis yang bakal diraikan. Rasa Kek Buah Kukus Asmara yang sedap dan eksklusif dengan kotak pembungkusan yang ringkas dan menarik amat sesuai untuk meraikan tetamu yang hadir samada majlis itu kecil atau pun besar.

Ketahui lebih lagi mengenai Kek Buah Kukus jenama Asmara.

Doorgift atau Berkat Kek Buah Kukus Asmara.

Doorgift atau berkat Kek Buah Kukus Asmara menjadi pilihan para pelanggan kami untuk majlis mereka dek kerana rasa Kek Buah Kukus Asmara yang sedap, lembab, tidak berminyak, harum mentega dan kurang manis. Tambahan pula, kotak kubiq, kuboid dan hexa yang para pelanggan kami tempah boleh dipersonalisasi. Jadi, para pelanggan Doorgift atau berkat Kek Buah Kukus Asmara mempunyai lebih banyak masa untuk menumpukan hal yang lain seperti baju, dewan, katering dan sebagainya.

Beli doorgift  Kek Buah Kukus kotak "Thank You".

Doorgift Kek Buah Kukus Jenama Asmara Boleh Dipersonalisasi.

Doorgift atau berkat Kek Buah Kukus Asmara yang ditempah anda melebihi 500 kotak boleh dipersonalisasi dengan warna tema bersama corak pada kotak yang direka khas. Ada beratus warna yang boleh anda pilih dan ini amat memudahkan anda memadankan warna kotak dengan tema warna majlis anda. Beberapa corak atas kotak yang direka akan kami email kepada anda untuk dipilih dan di print di atas kotak berserta nama, tarikh dan majlis yang diraikan atau kata-kata yang ingin anda print di atas kotak. Pereka kami sedia membantu merealisasikan impian anda. Buat anda yang merancang majlis dalam kuantiti yang kecil, tidak perlu kuatir. Kotak standard thank you yang kami tawarkan tidak kurang cantiknya. Anda boleh memilih kotak kubiq thank you satu warna atau kotak kuboid stamping thank you 1 warna dengan minimum order hanya 100 kotak. Pilihan warna kotak kubiq thank you berwarna saffron dan kotak kubiq thank you stamping berwarna rose gold merupakan antara pilihan warna yang popular untuk majis yang diraikan.

Pembungkusan Dan Berat Doorgift Kek Buah Kukus Jenama Asmara.

Setiap kotak doorgift atau berkat Kek Buah Kukus Asmara yang dipek dalam kotak telah dibalut plastik cerah untuk menjamin kebersihan Kek Buah Kukus Asmara tidak tercemar dengan bendasing disamping menjaga kualiti kek yang diterima oleh tetamu anda. Bahkan plastik cerah yang digunakan juga telah menyerlahkan rupa dan taburan buah-buahan berwarna-warni yang pasti membangkitkan selera tetamu anda yang menerimanya. Pilihan saiz Kek Buah Kukus Asmara pula ialah 60g untuk kotak kubiq manakala 70g untuk kotak kuboid dan hexa. Setiap kotak kubiq, kuboid dan hexa yang ditempah anda akan dipek dalam kotak karton Asmara. Setiap kotak karton Asmara di shrink wrap sebelum di kaurier ke syarikat kaurier yang berpengalaman. Jadi anda tidak perlu risau atau terbeban untuk memilih doorgift atau berkat untuk majlis yang bakal anda raikan. Anda hanya perlu tempah, bayar dan senyum gembira menerima doorgift atau berkat Kek Buah Kukus Asmara sampai ke alamat anda.

Pemberian Yang Dihargai.

Sungguh para tetamu amat menghargai pemberian doorgift atau berkat dari anda. Sebagai tuan rumah pilihan doorgift atau berkat yang anda pilih amat penting kerana ianya tanda penghargaan anda kepada para jemputan disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang terjalin selama ini.

TESTIMONI