Kek Buah Kukus

KEK BUAH KUKUS

ASMARA

Deskripsi Mengenai Kek Buah Kukus Asmara

Kek Buah Kukus Asmara menjadi pilihan utama para pelanggan kami kerana rasa yang berlainan, sarat dengan gabungan rasa manis buah-buahan yang berbeza.

Kek Buah Kukus Asmara menggunakan 100% mentega asli dengan campuran buah-buahan terpilih dan bahan-bahan yang berkualiti. Hasilnya, anda akan merasai tekstur kek yang lembut, lembap, beraroma mentega, tidak berminyak dan kurang manis

Setiap potongan Kek Buah Kukus Asmara mempunyai taburan buah-buahan yang sekata yang pasti membangkitkan selera dan memori gembira bersama keluarga tersayang bahkan boleh dijadikan cenderahati buat saudara-mara, rakan taulan dan rakan niaga anda.

Kek Buah Kukus Asmara tidak memerlukan penyejukan. Anda hanya perlu menyimpan kek di tempat yang kering pada suhu bilik atau di dalam kabinet dapur kesayangan anda.

Kek Buah Kukus Asmara dipek di dalam kotak yang menarik dan akan dihantar terus kepada alamat yang anda nyatakan dan boleh terus dinikmati pada saat anda menerimanya.

Kek Buah Kukus Asmara mencipta moment yang gembira dan indah buat buat para pelanggan kami dan anda juga boleh merasai pengalaman yang sama.

Lihat Doorgift Kek Buah Kukus.

 

Maklumat tentang Kek Buah Kukus Asmara

Berat: Terdapat 2 saiz antara 473g dan 710g setiap kotak.

Bahan-bahan: Buah-buahan Kering Campuran Terpilih, Tepung, Mentega Masin, Telur, Gula, Soda Bikarbonat, Krim Tartar dan Vanila Essene

Alergen: Telur

Jangka hayat: 8 bulan, dan kami menyediakannya setiap hari, supaya anda sentiasa mendapat kek segar.

KEK BUAH KUKUS

ASLI

Kek Buah Kukus Asli adalah kek buah kukus yang menggunakan resepi asli dan lebih ringkas. Kek Buah Kukus Asli menggunakan 100% mentega asli dan masih mengekalkan keenakkan rasa asli kek buah kukus.

Anda boleh merasai aroma mentega dengan tekstur Kek Buah Kukus Asli yang lembut, lembap, tidak berminyak dan kurang manis.

Kek Buah Kukus Asli tidak memerlukan penyejukan. Anda hanya perlu menyimpan kek di tempat yang kering pada suhu bilik atau di dalam kabinet dapur kesayangan anda.

Kek Buah Kukus Asli dipek di dalam kotak yang cantik dan dihantar terus kepada alamat yang anda nyatakan dan boleh terus dinikmati pada saat anda menerimanya.

Kek Buah Kukus Asli mengembalikan nostalgia indah buat para pelanggan kami.

Apa perbezaan Kek Buah Kukus Asli dengan Kek Buah Kukus Asmara. Jika ingin tahu hubungi kami!

 

Maklumat tentang Kek Buah Kukus Asli

Berat: 620g setiap kotak.

Bahan-bahan: Buah-buahan Kering , Tepung, Mentega Masin, Telur, Gula, Soda Bikarbonat, Krim Tartar dan Vanila Essene

Alergen: Telur Jangka hayat: 8 bulan, dan kami menyediakannya setiap hari, supaya anda sentiasa mendapat kek segar.

KEK BUAH KUKUS

PRUN KRANBERI

Kek Buah Kukus Prun Kranberi pasti menjadi pilihan anda yang sukakan buah prun. Gabungan sempurna  buah prun dan kranberi amat sinonim sehingga deria rasa anda akan merasai  kelainan kek buah kukus ini. Rasanya masam-masam manis, tidak berminyak, beraroma 100% mentega asli pasti membangkitkan selera anda namun masih mengekalkan rasa yang kurang manis.

Setiap potongan Kek Buah Kukus Prun Kranberi mempunyai taburan buah prun dan kranberi yang sekata dan sesuai dinikmati bersama teh kegemaran anda.

Untuk kelainan, anda boleh menghadiahkan buah tangan Kek Buah Kukus Prun Kranberi buat mereka yang penting dalam hidup anda.

Kek Buah Kukus Prun Kranberi tidak memerlukan penyejukan. Anda boleh menyimpan kek di tempat yang kering pada suhu bilik atau di dalam kabinet dapur kesayangan anda.

Kek Buah Kukus Prun Kranberi dipek didalam kotak yang cantik dan dihantar terus ke alamat yang anda nyatakan dan boleh terus dinikmati pada saat anda menerimanya.

Kek Buah Kukus Prun Kranberi mencipta moment yang indah dengan rasa eksklusif buat para pelanggan kami.

Komitmen kami dalam penyediaan Kek Buah Kukus jenama Asmara.

 

Maklumat tentang Kek Buah Kukus Prun Kranberi

Berat: 710g setiap kotak.

Bahan-bahan: Prun dan Kranberi, Tepung, Mentega Masin, Telur, Gula, Soda Bikarbonat, Krim Tartar dan Vanila Essene

Alergen: Telur Jangka hayat: 8 bulan, dan kami menyediakannya setiap hari, supaya anda sentiasa mendapat kek segar.